Saturday, August 7, 2010

kenapa aku menangis??


2.50am

Assalamualaikum…

Hatiku meronta-ronta ingin mencoretkan isi hatiku,keadaanku saat ini..

Aku xtahu mengapa..malam ini,aku menagis teresak-esak..tak kira mse,makan,wuduk,dan seusainya solatku.. mengapa aku menangis?ada perkara yang menyedihkankah?ada skit hati?ada kena caci?semua itu tidak berkait dengan sebab aku menangis malam ini..semua itu salah..dan kalau pun aku menghadapi situasi seperti di atas,aku xakan menagis teresak2 begini.. aku menagis selepas aku berasa takut membaca kisah pengajaran..

klik disini!!!
..untuk mengetahui cerita yang aku baca..ingin ku kongsi dengan teman2..

Aku menangis,kerana aku rasa sangat takut..takut pada siapa?pada Allah Yang Maha Kuasa,Maha Esa.. ya Allah,adakah aku mendapat kesedaran?aku mendapat hidayah?ataupun aku insaf sekejap?ya Allah,aku xingin ianya sekejap..bantulah aku untuk terus kuat ke jalanMu ya Allah..terukan aku dengan keadaan begini..luruskan jalanku menuju ke arahMu..

Sesungguhnya aku manusia biasa,manusia hina,jijik di sampingMu.. dosaku terlampau banyak..xterhitung untukku kira..dosaku padaMu,dosaku pada kedua ibubapaku,dosa kepada pendidikku,dosa kepada saudara se Islam denganku..kerana itu aku menangis..aku terlalu takut bila membayangkan semua dosa2 ku..sempatkah aku bertaubat?sedangkan aku xtau bilakah ajalku?mungkin sekejap lag,mungkin juga bila aku melelapkan mata nati,or mugkin juga keesokan hari..aku ingin mati di jalanMu..jalan lurus Mu,akan membahagiakan aku di akhirat kelak..

Namun,aku terlalu banyak dosa. Apa akan terjadi semasa maut menjemputku?aku akan rasa sakit yang amat..aku akan rasa dahaga yang melampau..akan ada yang datang,mengaburi mata hati yang gelap,menyamari sebagai orang terdekat dengan kita,menawarkan Sesuatu yang indah, yang pada hakikatnya ia adalah sebaliknya..ajakannya, “matilah dlm yahudi”.. “minumlah air ini”..masa itu,mata hati yang bersih serta amalan yg soleh boleh membezakan kebenaran mahupun kedustaan..minta dijauhkan dari keturunanku dari memilih jalan yang sesat....amin..

Ya Allah,bila aku memikirkan ini semua,aku menjadi sangat takut.. takut dengan seksaan Mu,tkut dengan cara matiku..ampunkanlah dosa ku,yang xpernah kering ini Ya Allah..sesungguhnya aku hina..bantulah aku dalam mencari keredhaan dan keberkatan Mu..amin..

SEKIAN..

No comments:

Selera Aqim Tomyam

selamat petang.dah lunch dah semua?semoga kita diberi kesihatan yang baik olehNya. in sha Allah. semalam  hujung minggu takde buat ap...