my sayang!

tinggalkan link disini lepas follow :)

Monday, March 26, 2012

Sihat dan Cantik dengan VCO& Pati Delima



apa khabar anda semua?hendaknya sihat2 selalu
bercakap mengenai kesihatan,teramat2 penting untuk kita menjaganya
mencegah sebarang penyakit adalah lebih baik daripada merawat
saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai dua produk yang saya sendiri amalkan
dan Alhamdulillah,ianya memberi kesan yang positif
 
1.Virgin Coconut Oil (VCO)
Apa itu VCO? 
VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst ialah ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kulit.Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil. 
 


KEBAIKAN VCO

- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut
- Regular semula PMS anda
- Sistem penghadaman lebih baik
- Kesuburan
- Kurangkan rasa senggugut
- Batuk dan Selsema cepat hilang
- Mengurangkan tidur berdengkur 
 
 




 2. Pati Delima Gulshan
 
 Apakah Pati Delima?
Pati Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.. InsyaAllah.. 
 




 Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:

Untuk Ibu Mengandung:
* Menaikkan HB semasa mengandung.
 * Mengatasi masalah morning sickness dan rasa berat badan.
 * Menambah cantik dan gebu kulit anda dan baby anda, di samping membantu proses tumbesaran baby dalam kandungan.
 * Meningkatkan kecergasan tubuh badan semasa hamil.
 

Untuk Wanita dan Lelaki  (mengembalikan kehangatan malam pertama):
* Meningkatkan keupayaan libido (seksual).
* Mengetatkan rahim dan menyuburkan rahim.  
* Meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa dan mesra.
 

Untuk Wanita
* Memperelok dan melancarkan perjalanan haid.
* Menyingkirkan lemak dan kolestrol berlebihan dan melangsingkan badan.
* Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.
* Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (mengelak kesakitan senggugut).
* Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yg lebih kemas.
* Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam.
 

Untuk Seisi Keluarga tak kira tua ataupun muda.
* Menurunkan tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi.
* Mengeluarkan peluh / toksin.
* Melegakan sakit kepala.
* Menyihatkan fungsi jantung dan hati, melancarkan kerja2 mengepam darah utk keperluan sel2 badan.
* Menguatkan daya tahan tubuh utk melawan serangan penyakit.
* Melancarkan peredaran darah.
* Mengeluarkan angin dan asid dalam badan (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus).
* Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan.
* Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.
* Membuang asid urik dlm sendi utk meredakan penyakit gout.
* Menurunkan paras glukosa dlm darah, membantu pesakit kencing manis.
* Sesuai dijadikan sebagai ubat batuk kerana ia menghapuskan kahak, meredakan penyakit batuk.
* Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
* Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah.
 

*saya,keluarga dan kawan2 sudah menggunakannya..anda bila lagi?
sesiapa yang berminat boleh pm sy di my FACEBOOK ataupun untuk mengetahui maklumat lanjut,sila ke PAGE saya..:))
kita boleh berurusan disana.tQ:) 

Read more...

Monday, March 12, 2012

Seharian Perjalanan~


hai semua,apa khabar?bagi yang study,hope korang dapat fokuss.
termasuklah aku,kena belajar bersungguh2 okeh.insyallah.
adik-adik yang mengambil peperiksaan besar tahun ini,belajar lelok ya?
all da best!!:)
 
okeyy,topic aku hari ni bukan tuk wish tu sume je
saje boring2 nak share cter pasal aku kuar dengan mr.boyfie
haha.lucu pulak rasanya 
sebab sbelum ni kami bercinta jarak jauh.
dan mgkin kami telah di beri peluang untuk mnghadapi zaman belajar bersama2 di shah alam ni
 
mula2 kami ke seksyen 2 untuk makan2 aje..mr.boyfie promote kat aku ABC kat sana
tapi memang perut dah tak larat nak masuk makanan sebab dah habiskan nasi dan 1cup besar milo aisss
kenyang sangat dan tetiba terpikir,nak ke mana pulak lpas ni?
ok,kami ke PKNS
kat sana xde barang sangat,jadi kami ke mall lain yang berdekatan iaitu PLAZA ALAM CENTRAL n SACC
round punya round,ade jugak lah grab satu dua benda
dan mr.boyfie belikan aku handbag
tadaaaa~hehe
 
 
 dia yang pilihkan jugak
ok tak taste laki ni?aku on je~layan~hehe
 
agak lama kami meround mall2 tersebut smpai kaki pun dah lenguh
mr.boyfie laa ni yang ambik mase lamee beli brg2 laptop die..hek8..:p
kalah saya yang pompuan ni kalo dia dh jumpa kedai laptop..hek8
mr.boyfie sila jgn marah..haha
 
lpas penat seharian berjalan di mall,kami pun singgah makan satay kajang di kompleks PKNS
tq buat mr.boyfie sebab belanja makann satay kajang yang sgt bestt tuh
tapi xbuleh nak habiskan sebab dah kenyang dan agak muak actually..hehe 
 
alhamdulillah..kenyang sudahh..hehe

okla..sudah pnat seharian hari ni berjalan
skrang masa untuk tidur! esok kelas!
gudnyte uoll..lovee u..:)
luve u jugak mr.boyfie!:-*

sekian~^.^ 
 
 

Read more...

Saturday, March 10, 2012

Sesaat menghabiskan voucher buku~


31march last sah voucher buku 1Malaysia kan?
haa,tadi aku terjah JJ tuk tebus voucher tu dgn peralatan tulis.
nak beli buku,mmg xde la kat MPH or POPULAR tu.
buku memang banyak,tap bukan yang aku nak la.
kena cari kat tempat lain la jwabnya
okeyy,lain kali boleh survey tmpat lain pulak..:)
masih ada masa untuk menebus lagi 3keping voucher tersebut!:)
 
 
 
alang2 dah kat sana,sempat jugak aku grab spasang kasut
sportshoes gtuu..nak buat p kelas jep..sesuai ke tak sesuai tu,belakang kira..
asalkan kaki ku slesa pabila memijak bumi..cewwah!
itu yang penting!keselesaan kaki!:)
sebab banyak sgt bukit aku kena daki bila kat sini 
dah macam bersenam pulak.bagus jugak kalo pk..:)
 



 lepas merewang sana sini dalam JJ tibe mase makan!
aku pilih sizzling chiken mushroom mee dan tea ais sbgai dinner aku 
agak sedap!tapi aku xmampu habiskan sebab terlalu banyak
sejak datang sini,perut aku dah di ajar untuk makan sedikit dan ikut keperluan shaja
bagus jugak perut aku boleh di ajar2 ya?hehe 
alhamdulillah sudah kenyang
lpas tu,terus pulang ke kolej..:)
 



ps:comel tak slipper yang kak aku belikan?pinkk gituuu..hehe..thanks..:)



 
 
 
sekian~ 
 

Read more...

Friday, March 9, 2012

jalan-jalan cuci mata


hello dan salam sejahtera.
selamat hari jumaat,semoga kita semua dipermudahkan segala urusan.insyallah
hari ni aku xde kelas.dh sminggu aku dan kengkawan follow jadual klas A
tetiba kami yg part3 yang dah ada background BS smuanya kna masuk klas B
yang xsyoknya klas B berbanding klas A adalah,hari cutinya xsama.
klas A cutinya hari jumaat,manakala klas B cutinya hari rabu
kami dengan paksa relanya masuk klas B
cuti hari rabu pun rabulah..asl ada cuti.
jadi kelas aku just 4days a week.jadual B itu nanti akan mula berkuatkuasa minggu dapan
 
ok,alang2 kami tidak ada klas hari ini(follow jdual klas A for this week) kami ke DC
DC stand for Dataran Cendikia
kami saja jenjalan dan meround kat citu
makanan dan barang2 yang lain murah kat citu.
DC rupanya mcm pasar gtu.ada jualan pelbgai selain kiosk jualan mkanan
ada juga barangan seperti beg,kasut,tudung,pkaian,dan brg2 laptop
 
 
 
sambil2 cuci mata after makan,sempat jugak aku grab beberapa barang yang suke
alamak,apa je?haa,slendang dan cooler laptop je.giler murah
sebab tu aku beli.bahaya!
sebab murah tu lah jadi nak beli.aku yang jimat ni pun boleh tergodai..mak aih!
money flows like water!ok..jadi nasihat aku untuk diri sendri,jgn taksub sgt.tolong ingat dunia
tp okla bebarang kat situ td.berbaloi sbab murah.kat 2kali gnda murah dr tmpat lain
so,kalu xbeli,rugi lah ya?
 
esok plannya mahu keluar.nak habiskan voucher buku!
yeay!suke3..tapi nak beli apa?memang kena listkan awl2 la ni.
supaya beli barang2 yang memberi manfaat..hehe.. 
okla.dah panjang bebenor entry aku pasal hari ni.
have a good day u all!!tara~~
 
sekian! 

Read more...

Thursday, March 8, 2012

first week as a bachelor student at shah alam


hai semua,apa khabar?smoga sihat2 smua.
dah lama aku xhupdate this blog..bukan apa,ni adalah mnggu pertama aku jadi student degree shah alam
bnyak urusan dan benda yg perlu aku setelkan.dan alhamdulillah dah ada yang dh slesai.
do step by step n follow the flow.insyallah akan slesai semua nnti.
 
so far,this first week,ade lecturer yang dah stat mengajar.dan dah ada assignment!
wah,shah alam,so strict,so serious n so scary!memang kena kuat 3kali gnda dr dulu la.
kalau dulu,nothing  impossible but now,impossible is possible..insyallah kan? 
kalau kita usaha,pasti buleyh:)org lain bukeh,kita pun mesti buleh!
 
ok,about transportation.
dulu before msuk,mcm2 aku pk,mcm mana nak p kelas,mcm mne nak survive n so on.
tapi bila dh smpai sini,bg aku,ia agak snang sebab bas menjadi pngkutan awm yg utama kat sini
memudahkan student mcm aku ni bergrak dr satu tmpat ke stau tmpat. 
nak pegi kelas pun senang.wlupun fakulti aku kat FSPU,tp kebnyakan klas aku kat menara SAAS
dengan adanya bas uitm,rapid KL dan beberape pngkutan lain,memudahkan aku n kwn2 ke menara SAAS
slesai sudah mslah..:)
 
 
ni fakulti aku
 
tapi
 
 

kelas aku banyak kat sini
 
jadi,mmg banyak kali jugak la aku perlu pnjat bukit yang sgt tinggi tuu..
 
UiTM di hatiku..:))
 
sekian~ 

Read more...