my sayang!

tinggalkan link disini lepas follow :)

Monday, April 25, 2011

SMIP sentiasa dihati!

ARKIB : 23/04/2011
sumber:utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm

Mohamed letakkan SMKIP pada tahap tertinggi


Mohamed Yaacob menamatkan perkhidmatannya dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi sebagai gimik majlis persaraannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 22 April - Penglibatan Mohamed Yaacob dalam bidang pendidikan selama 34 tahun berbaloi kerana berjaya meletakkan sekolah terakhirnya ke tahap kebangsaan sebelum bersara hari ini.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (SMKIP) itu berkata, beliau bangga apabila sekolahnya berjaya meraih Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan 2009 dengan mengalahkan kira-kira 2,000 sekolah asrama harian seluruh negara.

Katanya, anugerah itu sukar diperoleh kerana terpaksa menguruskan asrama yang turut dihuni pelajar pekak dan bisu.

"Begitu juga, Anugerah Sekolah Harian Bandar sempena Hari Kualiti Kementerian Pelajaran, semua itu diperoleh kerana komitmen guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis persaraannya di SMKIP di sini semalam. Hadir sama, Yang Dipertua PIBG SMKIP, Datuk Rozali Isohak.

Pada majlis tersebut beliau turut diarak dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi oleh warga sekolah terbabit sebagai simbolik persaraannya.

Mohamed berkata, beliau berpuas hati kerana dalam tempoh lapan tahun di SMKIP itu, pelbagai kejayaan dicapai termasuk dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Sebagai contoh katanya, SMKIP mendapat tempat keempat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 dari keseluruhan sekolah di Kelantan.

Dalam bidang sukan pula, katanya, pelajar pendidikan khas, Muhammad Shafiq Zulfayri Harni berjaya menggondol dua pingat emas dan satu pingat Perak di Temasya Sukan Remaja Asean Ke-2 di Jepun pada tahun 2009.

"Saya berharap lebih banyak kejayaan dicapai kerana sekolah itu mempunyai sekumpulan guru-guru yang komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing," katanya.

2 37 ribu doakan hasanah kurus dan bahagia!:

IFA Athirah May 6, 2011 at 12:59 AM  

hai!!tumpang lalu sini ^_^

anahwan May 6, 2011 at 2:27 PM  

hai!!okehh!!have fun..:)